Diploma Senireka Grafik
- Program dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri kreatif dan reka bentuk grafik
- Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran dalam bidang seni dan rekaan
- Silibus terkini meliputi penggunaan perisian komputer standard industri (Adobe Creative Suites - Photoshop, Illustrator dan In-design)
- Kerjaya - Artis DTP, Pereka Grafik, Pengarah Seni, Photo Retoucher dan sebagainya
Diploma Multimedia Animasi
- Menyediakan pelajar dengan asas, teori dan kemahiran yang diperlukan untuk mengilhamkan konsep, membangunkan produk animasi serta menghasil dan menerbitkan pelbagai gaya animasi dan teknik dalam sesebuah produk animasi
- Pelajar diperkenalkan dengan aplikasi perisian yang sesuai untuk pembangunan dan pengeluaran animasi 2D dan 3D
- Sewaktu di dalam studio latihan, pelajar akan menghasilkan kandungan animasi mereka sendiri di dalam lingkungan ringkasan yang telah diberikan
- Penekanan diberikan kepada aspek pembangunan imaginasi pelajar
Diploma Penyiaran & Filem
- Program ini melengkapkan pelajar dengan dua aspek iaitu kreatif dan kemahiran teknikal yang diperlukan dalam Filem dan Televisyen
- Pelajar akan mempelajari bagaimana untuk menyediakan, mengurus dan menjalankan penerbitan kreatif dan proses pembangunan untuk merealisasikan idea kreatif dan unik anda
- Pelajar akan didedahkan dengan keperluan aspek kreatif dalam industri filem dan televisyen termasuk pengarahan, penerbitan dan penulisan skrip
- Program ini mendapat sambutan hangat kerana Malaysia telah dan sedang berkembang pesat melalui industri penyiaran dan filem ini
- Kerjaya - Videographer, Technical Audio & Lighting, Assistant Producer, Wartawan, Penulis Skrip, Penolong Pengarah, Penolong Penerbit
Diploma Game Design
- Program Diploma in Game Design (Reka Bentuk Permainan) adalah program khusus yang diperlukan oleh sektor industri penyiaran, filem dan multimedia kreatif
- Pelajar akan mempelajari aspek-aspek yang diperlukan untuk menjadi pereka permainan yang dapat membayang, mengilham dan merangka idea permainan kreatif
- Pelajar akan dilatih dalam rekaan permainan dan proses pembangunannya bermula dari penjanaan idea, mencipta kandungan kreatif yang asli, pemahaman dalam pengalaman permainan, konsep, penyelidikan, rekaan, pengujian dan prototaip idea dan seterusnya perlaksanaan permainan yang lengkap menggunakan perisian digital seperti 2D imaging tools, 3D modelling & animation dan Game Engines.
- Kerjaya - Art Director, Lead Game Designer, Technical Art Director, Character Animator, Game Designer, Level Designer, Concept Artist, 3D Animator, Visual Effect Animator
Diploma New Media
- Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menceburi kerjaya industri media baru
- Pelajar akan mempelajari konsep senireka untuk media baru agar komunikasi idea dan maklumat dapat disampaikan secara lebih berkesan
- Program ini menekankan prinsip-prinsip reka bentuk interaksi dan kemahiran untuk mengintegrasikan imej, animasi, teks dan bunyi
- Latihan praktikal kemahiran untuk membuat persembahan multimedia dan pembangunan laman web dengan pelbagai aplikasi seperti Flash, Dreamweaver dan Photoshop merupakan sebahagian daripada kandungan program
- Pelajar akan mempelajari perisian rekaan standard industri seperti Adobe Premier, Macromedia Flash, Macromedia Dreamweaver, Macromedia Director, 3D Studo Max and Maya, Sound Edit
Hubungi FasTrack Education & Training Consultancy untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment