Bidang Teknologi Makmal Perubatan merupakan salah satu bidang pengajian di dalam kluster Penjagaan Kesihatan yang pesat berkembang. Bidang Penjagaan Kesihatan merupakan multi-billion ringgit industry di Malaysia; dan industri ini sedang mengalami kekurangan tenaga kerja terlatih. Ini bermaksud, graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan (atau kelayakan yang lebih tinggi) sedang dan akan terus mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada penyedia perkhidmatan Penjagaan Kesihatan seperti hospital, pusat kesihatan, klinik dan sebagainya.
Berdasarkan data Malaysia Medical Resources, Kementerian Kesihatan menyenaraikan 136 hospital kerajaan sediaada di bawah kementerian ini. Malaysia mempunyai jumlah keseluruhan 400 buah hospital kerajaan dan swasta dalam masa terdekat, di mana sebahagian daripadanya sedang dibangunkan. Data ini tidak termasuk klinik, makmal perubatan dan farmasi. Oleh yang demikian, graduan daripada bidang yang berkaitan seharusnya tidak bimbang tentang peluang pekerjaan yang menanti setelah menamatkan pengajian kelak.
Hubungi FasTrack Education untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda.
Telefon 019.366.5652
Emel sekretariat.pendidikan@gmail.com
No comments:
Post a Comment