Thursday, 17 April 2014

Bagaimana Memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta?

Pernah dengar masyarakat sekeliling kata "jangan pilih kolej swasta nanti tak diiktiraf".

Pasti ramai di antara kita sering mendengar kenyataan berikut. Ada di antara kita juga percaya sepenuhnya tanpa membuat sebarang rujukan dahulu.


FasTrack akan berkongsi tips dan maklumat dengan anda untuk menentukan sama ada bidang pengajian yang di pilih daripada mana-mana kolej atau universiti swasta itu mendapat pengiktirafan atau tidak daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Malaysia Qualification Agency (MQA) sekaligus membantu anda memilih IPTS yang bersesuaian dengan keputusan SPM anda.

Apakah Tipsnya:
  • Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimana? http://jpt.mohe.gov.my
  • Program pengajian telah mendapat:
    •  Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pelajaran Malaysia
    •  Mencapai standard Minimum / Perakuan Akreditasi / Akreditasi Provisional dari pihak MQA.  http://www.mqa.gov.my
  • Bidang Pengajian yang di pilih mestilah sesuai dengan kelayakan serta memenuhi syarat kemasukan ke IPTS tersebut.
  •  Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran, fee refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.
  • Yuran kursus pengajian yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang dipilih. Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus pengajian yang sama.
  •  Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Lihat  MyQuest untuk kolej & SETARA untuk universiti kolej.

No comments:

Post a Comment