FasTrack ada jawapannya. Jum kita kaji bersama:
Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain
- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan dasar pengambilan
pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna
pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan
merit setiap pemohon. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana
pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang
diamalkan:
Perbandingan dan Panduan
- Walaupun calon A dan calon C sama-sama
mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi
dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak
31.50 markah
- Begitu juga calon B yang mendapat 7A
tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99
berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata
meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
- Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik.Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah.
- Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
- Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira.
- Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira.
- Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat.
- Pelajar mesti mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utama bagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut:
- Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
- Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain
- Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon.
No comments:
Post a Comment