Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Bidang Teknologi Makmal Perubatan merupakan salah satu bidang pengajian
di dalam kluster Penjagaan Kesihatan yang pesat berkembang. Bidang
Penjagaan Kesihatan merupakan multi-billion ringgit industry di
Malaysia; dan industri ini sedang mengalami kekurangan tenaga kerja
terlatih. Ini bermaksud, graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan
(atau kelayakan yang lebih tinggi) sedang dan akan terus mendapat
perhatian dan permintaan yang tinggi daripada penyedia perkhidmatan
Penjagaan Kesihatan seperti hospital, pusat kesihatan, klinik dan
sebagainya.
Berdasarkan data Malaysia Medical Resources, Kementerian Kesihatan menyenaraikan 136 hospital kerajaan sediaada di bawah kementerian ini. Malaysia mempunyai jumlah keseluruhan 400 buah hospital kerajaan dan swasta dalam masa terdekat, di mana sebahagian daripadanya sedang dibangunkan. Data ini tidak termasuk klinik, makmal perubatan dan farmasi. Oleh yang demikian, graduan daripada bidang yang berkaitan seharusnya tidak bimbang tentang peluang pekerjaan yang menanti setelah menamatkan pengajian kelak.
Diploma Penjagaan Kesihatan
Pengurusan
Penjagaan Kesihatan secara amnya adalah pembelajaran berkenaan pengurusan, pentadbiran
dan operasi di institusi-institusi kesihatan. Empat bidang utama yang ditekankan adalah Pengurusan dan Pentadbiran,
Perancangan dan Polisi Kesihatan, Sains Kelakuan/ Sains Bersekutu, Sains
Asas dan Penempatan klinikal iaitu Persekitaran Hospital dan Komuniti. Pengajian ini merangkumi
pembelajaran berkenaan cara-cara merekodkan data-data pesakit, menjaga
pengurusan dan pentadbiran hospital, menyedia jadual waktu bagi doktor dan
jururawat, membuat promosi dan sebagaimana yang berkaitan dengan pengurusan
hospital.
Graduan dalam bidang ini boleh meneruskan kerjaya sebagai pembantu di
pejabat doktor, membantu menguruskan klinik dan hospital atau tugas
tugas petadbiran. program ini bertujuan untuk mendidik dalam pengetahuan
penjagaan kesihatan dan kemahiran kepimpinan agar dapat mencapai
matlamat dan menyumbang ke arah keberkesanan sistem pengurusan
perkhidmatan kesihatan.
Kelayakan Masuk+SPM dengan 3 Kredit, termasuk matapelajaran Sains/Fizik/Kimia/Biologi
Bantuan Kewangan
+Pinjaman daripada PTPTN
Maklumat Pendaftaran
+Hubungi Sekretariat Pengambilan Pelajar melalui Telefon/SMS/WhatsApp di 019 366 5652
+Email sekretariat.pendidikan@gmail.com
No comments:
Post a Comment